
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian tulang belakang pinggang saya
Saya lelaki berumur 24 tahun. Bekerja sendiri sebagai designer freelamcer. Kerja saya memang selalu menggunakan komputer. Sekarang saya merasa sakit di bahagian belakang pinggang saya. Lebih tepat tulang belakang saya dibahagian pinggang. Macam mana nak kurangkan rasa sakit dan hilangkan sakit ni. Sebab kadang sampai saya nak luruskan badan pun sakit sangat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca masalah diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Selain itu, memandangkan anda banyak mengahabiskan masa di depan kompunter, saya sarankan untuk anda menggunakan peranti luaran. Menggunakan monitor luaran, papan kekunci, dan tetikus akan membolehkan anda membuat stesen kerja yang memenuhi garis panduan reka bentuk ergonomik untuk penggunaan komputer. Selain itu
Gunakan kerusi yang selesa dan menyokong kedudukan tegak atau sedikit condong
Letakkan komputer riba anda untuk postur pergelangan tangan yang paling neutral yang boleh anda capai.
Sudutkan skrin komputer riba ke belakang sehingga anda dapat melihatnya dengan kepala yang lurus
Berdiri dan bergerak beberapa kali. Tubuh anda dirancang untuk bergerak, agar tidak kekal dalam keadaan statik untuk jangka masa yang panjang.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.