
Anonymous
2 tahun
Sakit di bahagian tulang sebelum tumit
Saya wanita remaja berumur 20thn. Saya sudah seminggu lebih sakit di bahagian tulang belakang kaki sebelum tumit. Di pertengahan tu seandainya picit terasa sakit.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
Terseliuh
Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.