nurezzati792
4 tahun
Sakit di bahagin bawah tengkuk
Saya berusia 24th… Bnyk kali terjadi sakit di bhagian bwah tengkuk dngn secara tiba2… Adakah ia berkaitan dngn pnyakit darah tnggi doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sakit di bawah tengkuk boleh disebabkan oleh masalah otot, tulang, saraf atau struktur yang berhampiran seperti rahang dan telinga.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih