Sulit

3 tahun

Sakit Di bawah Perut sebelah kanan semasa hamil 3 minggu

salam sejahtera dr … saya baru sahaja memeriksa urine test… dan saya hamil 2-3 minggu . jadi sekarang setiap hari saya akan merasa sakit di bawah perut di sebelah kanan… dan sakit itu hanya datang sekejap sahaja kemudian ia akan hilang …sakit itu juga tidak lah sesakit mana… hanya sakit biasa2 sahaja… tapi hampir setiap hari saya akan merasakan nya. saya risau kerana ini adalah pertama kali saya hamil .
Adakah perkara ini normal terjadi kepada ibu hamil pada peringkat awal doktor ?
harap saya mendapat penjelasan yang jelas dari doktor … terima kasih .:pray:t2:

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.

Namun kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Terdapat banyak faktor kenapa perut boleh sakit ketika hamil. Ia boleh berpunca dari fisiologi dan respon tubuh yang normal disebabkan oleh:

  • peningkatan tekanan abdomen akibat fisilogi kehamilan
  • perubahan struktur rahim dan organ kehamilan yang lain
  • perubahan fisiologi yang lain seperti implantasi dan pembesaran plasenta

atau ia boleh berpunca dari gangguan tubuh yang telah diperberat dengan fisiologi bersin, seperti:

  • Ganguan saluran pencernaan
  • Gangguan otot abdomen
  • Gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor

Saya juga ingin menyenaraikan beberapa tanda dan gejala awal kehamilan yang normal, iaitu termasuk:

  • Haid terlambat
  • Mual, muntah & mengidam
  • Cepat letih & mengantuk
  • Sakit atau pening kepala
  • Lebih kerap buang air kecil
  • Cairan keluar dari kelamin
  • Suhu tubuh meningkat
  • Kejang perut
  • Sering berdebar

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

pregnant-woman-her-husband-hand-showing-heart-shape%20(2)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)