
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah perut terasa dicucuk
Saya wanita berusia 20 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya kerap sakit di bawah perut. Rasa seperti dicucuk. Baru2 ini ketika saya bangun dri duduk die mencucuk sampai saya terpaksa jalan membongkok dalam beberapa minit. Kitaran haid saya mmg tidak teratur tetapi ini kali pertama die skip 2 bulan. Adakah inj perkara normal?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.