
Sulit
5 tahun
Sakit di bhagian abdomen dan tulang rusuk kanan bahagian bawah
Hye doktor , saya terasa sakit dan pedih di bahagian bawah tulang rusuk kiri pada awalnya . Saya fikir gastrik sebab tandanya sama tetapi sy belum Pegi cek . Selang sebulan sakit di bawah tulang rusuk kiri hilang dan terasa pula di bahagian bawah tulang rusuk kanan dan bahagian abdomen . Saya juga rasa pedih apabila saya sentuh perut pada permukaan luar . Lepastu bila saya berjalan atau bergerak pon dy rasa sakit macam pedih .Saya juga hilang selera makan kerana apabila saya makan pon kadang kadang rasa pedih sebelah kanan di bawah tulang dusuk tu pedih rase kena tusuk mcm tu . Pada pendapat doktor adakah penyakit ini. Bahaya dan apa jenis penyakit yang dapat doktor ramalkan ? Terima kasih …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kesakitan berpunca daripada kulit dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut.
Masalah usus- Ulser duodenum (duodenal ulser), Gastroenteritis, Masalah pencernaan (dispepsia), Penyakit Crohn dan Ulserative Colitis
Sakit haid
Serangan Apendisitis
Penyakit kayap- seseorang boleh berasa sakit selama beberapa hari sebelum ruam muncul. Kesakitan yang dirasai adalah tajam atau membakar. Bahagian perut sebelah kanan adalah tempat yang paling biasa untuk ruam kayap berlaku.
Masalah pada hempedu:
Masalah hati- Radang hati (hepatitis), Abses (abcess), Penyakit hati disebabkan oleh alkohol (alcoholic hepatitis), Kanser hati:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.