
Sulit
4 tahun
Sakit di bola mata,iris mata berbeza saiz,kualiti penglihatan menurun,melihat sesuatu objek seakan beroyang/beralun dan kualiti melihat warna menurun ( mata kanan )
Saya lelaki berusia 21 thn baru baru saya ada sakit dia bila mata kadang kadang sakit sampai kepala dan saya ada persan yang iris mata saya kanan saya berbeza dari sebelah kiri perbezanya adalah iris mata kanan saya nampak lebih kecil sedikit dari sebelah kiri dari segi kualiti visual saya juga menurun. Saya mempunya rabun dan baru baru ni saya terpaksa menukar cermin mata baru disebab kan power rabun saya dah meningkat di sebelah kanan dan saya ada silau juga berbanding sebelum ini saya tidak mempunyai silau dan juga kalau saya fokus sesuatu objek saya mendapi objek itu jagi bergoyang atau beralun sedikit dan dari segi penampakan warna mata di sebelah kanan akan nampak lebih malap berbanding mata sebelah kiri. Saya harap dokter dapat menjawab pertanyaan saya pada waktu sekarang saya berasa amat risau tentang keadaan saya dan risiko tang mungkin saya dapati terima kasih kerana sudi membaca pertanyaan saya

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Bagi mendapatkan diagnosis yanglebih tepat, pelbagai persoalan perlu untuk ditanyakan seperti durasi kabur yang anda alami, simptom lain yang turut dialami dan juga pemeriksaan mata. Untuk maklumat anda, masalah kualiti visual anda juga menurun ini boleh disebabkan oleh:
- Glaukoma
- Jangkitan pada mata
- Corneal abrasion
- Katarak
Namun begitu, saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya anda boleh mendapatkan diagnosis yang lebih tepat kerana simptom sakit mata boleh berpunca daripada beberapa penyakit seperti:
- keradangan konjunktivitis
- ulser pada kornea mata
- uveitis
- katarak
- meningitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.