
shakirolalem93
5 tahun
Sakit di celah punggung
saya lelaki umur 26 tahun, pekerjaan sebagai memandu grab. saya sakit di bahagian punggung sejak semalam. di bahagian celah punggung, bila sy pucit dia akan sakit. adakah kerana sy memandu terlalu lama ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada celah punggung anda boleh disebabkan:
- Buasir - faktor risiko seperti duduk terlalu lama
- Sista (cyst) pada celah punggung seperti “sebaceous cyst”
- Nanah dari penyakit radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mengenalpasti dan merawat punca kepada kondisi yang anda alami. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.