
azarizan15
5 tahun
Sakit di dada bahagian kiri
Hai, saya lelaki berumur 21 tahun, 161cm, 44kg dan underweight BMI Kadangkala dada bahagian kiri saya terasa sakit yang membuatkan saya susah untuk bernafas untuk seketika tapi sejak kebelakangan ini agak kerap terjadi. Sakit masih terasa walaupun lepas saya boleh bernafas kembali. Kadangkala di kawasan bahu hingga siku terasa lenguh tanpa sebab. Gaya hidup saya tak terlalu aktif. Adakah sakit saya ini normal atau berpenyakit kronik dan macam mana saya nak buat rawatan kalau ada penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit dada bahagian kiri antaranya:
- Masalah sistem pencernaan seperti GERD atau asid refluks
- Kurang darah merah
- Masalah pernafasan seperti asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.