
Sulit
5 tahun
Sakit di jahitan episiotomi
Saya baru sahaja bersalin secara normal 3 bulan yg lepas. Kebelakangan ini sekitar luka episiotomy sy rasa pedih ketika buang air kecil. Seolah2 masih ada luka di situ. Fyi, saya masih belum bersama suami. Apa perlu saya lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah pedih di sekitar luka episiotomy boleh disebabkan oleh:
- Trauma baru yang mengakibatkan luka
- Jangkitan
- Masalah pada jahitan luka tersebut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.