
Sulit
5 tahun
Sakit di kawasan ari ari
Selamat tengah hari, doktor. Saya nak tanya, saya positive upt, klau ikut tarikh last menses, sy dh mengandung 6 minggu 4 hari. Tarikh appointment sy dgn kkia 7 mei 2020 nanti. Saya nak tanya, di kawasan ari ari (lower abdomen) sy mengalami cramp, hampir mcm senggugut tapi kurang sakit dan lain sikit rasa nya (p/s : sy senggugut teruk setiap kali period) . Sekarang dah masuk 2 minggu sy cramp, sakit tkde teruk sgt cuma kdg kdg tu rasa mengganggu kerja harian sy. Oleh sebab sakit, saya banyak baring dan berehat.
Sy cuma nak tau, adakah sakit ni normal atau tak? Sy tkde pendarahan atau spotting. Terima kasih kerana meluangkan masa doktor untuk menjawab soalan sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saki ari-ari yang ringan dalam 12 minggu pertama kehamilan adalah normal. Hal ini kerana otot-otot dan ligamen di bahagian ari-ari anda semakin diregang apabila kandungan anda semakin membesar. Selain itu, masalah angin atau sembelit juga boleh menyebabkan sakit ari-ari. Anda harus segera ke doktor sekiranya:
- Sakit ari-ari yang melampau
- Pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.