Sulit
3 tahun
Sakit di kemaluan kandungan 20minggu
Salam sejahtera dokter,
Saya wanita berusia 28tahun mempunyai penyakit nefrotic syndrome dan ini kandungan saya yang kedua (kandungan pertama ceaser tahun 2019). Sekarang usia kandungan saya 20minggu dan sepanjang follow up klinik ibu anak tak pernah tinggal dan ok. Cuma masalah dua ke tiga hari ini saya sentiasa sakit di bahagian kemaluan saya, pinggang dan perut. Nak berjalan, bangun dari duduk memang rasa sakit teramat. Adakah normal, kerana masa kandungan pertama tiada mengalami sakit seperti ini dan baby dalam kandungan saya sentiasa pantau bergerak.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kuman pada faraj
- Batu karang
- Keradangan faraj
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.