hnaziera
6 tahun
Sakit di kemaluan ketika membuang air kecil
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, saya wanita berumur 28 tahun bersalin anak sulung secara czer. Sekarang usia anak sy 1 bulan stgh dan sy sudah ambil perancang secara cucuk semasa appointment anak 1 bulan. Sekarang saya sedang datang haid… Ketika darah haid keluar di kemaluan… Kurang berasa sakit tetapi terasa amat ngilu dan sakit ketika mahu membuang air kecil. Kesakitan nya sama seperti pertama kali buang air kecil selepas mencabut tiub air kencing selepas operate… Adakah ia normal? Terima kasih DR.
Dijawab oleh doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































