
Sulit
4 tahun
Sakit Di kiri pusat, Bawah pusat. Hujung kelengkang
Assalamualaikum doc. Saya berumur 34 Tahun. Sebelum Ini saya mengalami Masalah kencing kotor Dan susah kencing. Saya Telah ke hsptl Dan memakan ubat yg diberi. Alhamdulillah kencing Nampak ok. Cuma Sekarang saya Alami Sakit Di Sebelah pusat kiri, Bawah pusat, Dan Hujung kelengkang dua2 belah(urat). Pegs kiri terasa Panas Kadang2. Saya Telah ke klinik Pula Dan Diberikan ubat angin Dan urat. Tetapi Masih Tidak ok. Saya Ingin Mendapat panda ngan doc Tentang Masalah Yang Saya hadapi. Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian bawah pusat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keradangan Apendiks kronik
- Trauma pada tulang belakang
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Keradangan prostat
- Batu karang
- Kekejangan otot
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.