
Sulit
3 tahun
Sakit di leher selepas vaksin
Doktor saya masih sekolah umur 16…3 hari lepas saya terima suntikan vaksin di tngn kanan kt sekolah…hari pertama saya masih ok,hari kedua saya demam n malam tu sy mendapati ada benjolan dan bengkak di leher belah kiri…terasa sakitt sangat…adakah perkara itu biasa?perlu ke saya jumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, demam, sakit, benjolan dan bengkak pada leher sebelah kiri anda adalah kesan sampingan vaksin.
Sekitar 10 peratus penerima vaksin akan mengalami pembengkakan kelenjar getah bening pada leher setelah suntikan vaksin, ini adalah tanda tindak balas imun, adalah biasa. Namun, sekiranya demam dan kesakitan anda teruk sangat, anda boleh jumpa doktor untuk dapatkan bantuan perubatan untuk ringankan gejala anda. Pada masa sama, anda juga boleh minta doktor anda untuk penjelasan yang lebih lanjut pada perkara ini.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini