
Sulit
5 tahun
Sakit di payudara kiri
Saya wanita berusia 24tahun. Bermula dari bulan september sy mengalami sakit di bahagian payudara kiri selepas sehari habis haid,keadaan ini berlarutan selama smnggu selepas haid dan bsambung sakit semula pada smnggu sebelum haid bulan October. Sakit dibahagian payudara kiri dan otot antara ketiak dan payudara, lenguh tangan kiri dan sakit belakang. Keadaan ini berterusan ke bulan November. Pada hujung bulan september sy ada bjumpa dgn doctor dan doctor yg melakukan pemeriksaan mengatakan ini adalah normal kerana perubahan horman. Dan keadaan sama berulang apabila sy tetap rasa sakit dan tidak selesa di bahagian payudara kiri, sy melakukan sekali lg pemeriksaan pada bulan 10. Doctor juga memberitahu ianya normal hanya bengkak dan doctor memberi antibiotic. Dan sekarang bulan november keadaan masih sama saya tetap sakit dibahagian payudara kiri selepas sehari hbis haid dan selama smnggu saya akan rasa sakit dan tidak selesa. Melalui pemeriksaan doc,tak ada apa2 ketulan di payudara kiri saya. Dan doc tidak mengesyorkan sy melakukan ujian mamogram dan ultrasound kerana umur yg muda. Hanya doc cakap ianya adalah normal perubahan hormon di usia 20an. Sya buntu memikirkan masalah sakit di payudara. Adakah ianya tetap normal? Dan selalunya gejala perubahan horman ini akan kekal sampai bila? Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit payudara biasanya bersifat normal apabila ia terkait dengan kitaran haid anda. Masalah sakit ini biasanya disebabkan perubahan hormon yang mana ia akan terjadi sebelum dan diawal kitaran haid. Ia akan berulang sehingga anda menopause (hormon wanita kurang). Bagi merawat masalah payudara ini, doktor dapat memberikan anda beberapa jenis vitamin dan ubatan sekiranya penanganan awal tidak berhasil. Antara penanganan awal sakit payudara ini adalah:
- Kurangkan stress
- Menggunakan bra yang sesuai dan memberikan sokongan yang baik
- Mengamalkan diet yang seimbang
- Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein (seperti kopi dan teh)
- Menurunkan berat badan kepada kadar normal (sekiranya anda obese)
- Mengambil painkiller
Akan tetapi, sekiranya tidak jelas kaitan diantara sakit dengan kitaran haid, dikhuatiri masalah ini dapat disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, seperti:
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan masalah ini dapat pelbagai daripada sakit biasa sehingga kepada yang serius, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor. Hal ini adalah supaya anda tidak perlu menderita dengan sakit ini lagi apabila pengubatan yang tepat telah diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.