Anonymous
6 tahun
Sakit di pinggang dan bahagian injection perancang keluarga
Saya berumur 26 tahun, ibu kepada 4 orang anak, saya baru habis berpantang untuk anak saya yang ke 4.
Selepas mengambil Perancang keluarga jenis injection 3-4hari lalu pinggang jadi sakit dan sekitar bahagian injection juga terasa sakit , sakit semakin kuat sampaikan bila dah duduk sukar untuk saya berdiri , adakah ia normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit pinggang selepas bersalin boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang - akibat proses bersalin
- Masalah struktur tulang belakang
- Kesan suntikan - mungkin terkena pada saraf
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























