
akmaaiyubwahaliq7
5 tahun
Sakit Di rusuk kiri sebelah atas
Sy wanita yg sudah berkahwin dan mmpunyai 4 org anak.
Sy juga mmpunyai penyakit asma yg tlh lama.
Baru2 ini sy merasa sakit Di bahagian rusuk kiri (sebelah atas)
Pabila menarik nafas rasa seolah mncucuk2 Di bahagian tersebut.
Adakah ini normal?
Apakah yg sepatutnya Sy lakukn?
Adakah bahaya dan mmpunyai sintom gejala sakit yg bahaya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya
- pneumonia
- radang tulang rawan di rusuk
- trauma
- radang selaput perikardium pada jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.