
mrkomeng47
5 tahun
Sakit di tekak @mungkin tonsel
Adik saya lelaki berumur 16tahun, telah seminggu lebih merasakan sakit di bahagia tekak@kerongkong… Sehingga menyebabkan beliau kehilangan tenaga untuk melalukan aktiviti dan kerja seharian nya… Sebagai abang… Saya tak tahu kemana, dimana, dan kepada siapa saya hendak mengadu… 2hari lepas kali kedua dia mendapat rawatan di klinik… Tetapi masih tiada perubahan…saya risau dengan perkara ini… Minta pihak tuan,puan dapat menberi pencerahan dan panduan untuk masalah ini… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan tentang sakit kerongkong yang dihadapi oleh adik anda adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antaranya selain sakit kerongkong adakah dia mengalami gejala lain? Sudah berapa lama gejala tersebut berlaku? Adakah sakit kerongkong tersenut menyebabkan dia sukar makan dan minum?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang adik anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih