
Sulit
5 tahun
Sakit di tempat kencing
Saya wanita berumur 27 tahun. Baru lepas melahirkan bayi 2 bulan yg lepas. Semasa 10 hari berpantang, saya rasa sakit semasa kencing. Sakit seperti terasa ada benda yg nak keluar dari tempat kencing. Juga terasa sakit di clitoris. Saya telah pergi ke klinik kesihatan dan doktor telah mengesahkan saya ada kencing kotor dan telah diberikan antibiotik. Selepas dua minggu, saya kembali ke klinik untuk repeat ujian kencing dan kencing kotor telah tiada. Malangnya, sehingga sekarang, sakit ketika kencing itu masih ada. Sudah puas berjumpa doktor di hospital, klinik kesihatan, klinik pakar sakit puan. Klinik sakit puan kata bahawa terdapat sedikit bengkak disitu namun tidak serius. Selepas diberikan ubat sakit saya tidak juga sembuh. Saya rasa sangat terseksa kerana ia mengganggu aktiviti seharian. Untuk pengetahuan doktor, semasa saya sakit contraction, saya telah dipakaikan kateter untuk kencing. Adakah ia berpunca dari itu? Semasa saya stim juga, clitoris saya terasa sangat sakit. Tolong bantu saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, anda telah pun berjumpa dengan doktor di klinik dan doktor pakar untuk merujuk masalah ini. Saya percaya mereka telah memberikan rawatan yang terbaik kerana mereka telah melihat sendiri keadaan anda.
Bengkak di clitoris mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman di situ dan ya tiub kencing (katheter) boleh meningkatkan peratus jangkitan kuman. Sekiranya rawatan telah di ambil namun keadaan anda masih tidak pulih, saya sarankan untuk anda segera ke hospital untuk pemeriksaan rapi dan lanjut supaya keadaan ini tidak merebak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.