
Sulit
5 tahun
Sakit di tgh dada antara payudara kanan dan kiri
Saya berumur 33 thn. Rasa sakit di tgh dada tidak boleh tekan, rasa nyeri/sengal. Apakah maksud sakit sy ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada tengah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung
- masalah asid perut berlebihan (GERD)
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada paru-paru (pneumonia)
- arteri badan terkoyak (leaking abdominal aorta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.