
Sulit
4 tahun
Sakit di tulang kemaluan sebelah kanan semasa berjalan
saya remaja berumur 16 tahun dan saya mandi kolam di rumah saya bersama adik saya dan setelah saya selesai mandi dan semasa berjalan tulang rahim saya sebelah kanan berasa sakit, mengapa ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit tulang rahim yang dialami boleh berpunca dari pelbagai sebab, antaranya termasuk:
- trauma
- jangkitan kuman
- iritasi kulit
- alahan pakaian mandi atau air kolam
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Masih risau dengan sakit anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.