
wanhanafiah10223
5 tahun
Sakit dibahagian ari-ari dtg haid 2kali sebulan
Saya wanita berumur 38thn serta didtgi haid 2kali dlm sebulan sejak 3 bulan kebelangkang nie .saya telah membuat ujian pangkal rahim tetapi keputusan negatif.kadang2 selepas haid habis ,haid kembali keluar berwarna coklat cair selepas memlakukn hubungan bersama dgn suami.saya keliru samada itu darah haid atau darah peyakit .dibahagian ari-ari saya pun kerap sakit spt sengugut .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Darah hitam atau merah sangat gelap biasanya darah lama yang akan dikeluarkan bersama dengan darah baru. Ini sepatutnya sesuatu yang tidak perlu dikhuatiri.
Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim. Apabila darah haid berwarna hitam atau coklat gelap, biasanya ia bermakna ada darah lama yang masih mengalir.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan vagina dalam keadaan yang berikut:
- Terdapat perubahan besar dalam kitaran haid anda.
- Anda mempunyai 3 atau lebih kitaran haid yang berlaku lebih daripada 35 hari.
- Tempoh haid anda berterusan lebih daripada 7 hari.
- Anda mula mengalami pendarahan yang sangat banyak ketika haid datang dan tidak seperti selalunya.
- Anda telah menopaus tetapi masih mengalami pendarahan daripada vagina.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.