
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian bawah pusat
Saya wanita berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Dua hari lepas saya ade sakit di bahagian bawah pusat dan jugasakit dada. Dalam masa yg sama ade keluar cecair dari bahgian vagina saya. Cuma saya tak pasti keputihan atau cecair lain. Mintak pendapat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di bawah pusat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit keradangan pelvis
- appendisitis kronik
- sembelit
- sistitis yaitu keradangan pundi kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.