
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian belakang tulang rusuk kiri
saya seorang perempuan berusia 17 tahun, saya mengalami sakit dibahagian tulang rusuk kiri…ketika saya menarik nafas yang panjang, bersin, batuk dan ketawa saya akan terasa sakit seperti mencucuk dibahagian tersebut…bila jumpa doktor tadi, doktor ada tersebut tersalah urat, sy lupa nama in medical dia…and doktor cakap, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih…jika saya mengalami sakit ini berterusan, ada kesan sampingan tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian tulang rusuk kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
- Pleuritis
Sila berjumpa dengan doktor di khidmat kecemasan dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Sesak nafas
- Anda merasa sakit dada
- Sakit dada merebak ke lengan, dagu atau ke belakang dada
- Rasa mual atau muntah, ingin pitam
- Tidak boleh bercakap
- Bibir atau jejari biru
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya gejala anda berterusan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.