
Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian dada kiri
saya wanita 20-an… Kadang-kadang saya mengalami sakit pada payudara bahagian kiri, sudah lama saya perhati sepertinya ada ketulan pada payudara bahagian kiri. maybe ukuran ketulan tersebut lebih kurang 2cm. adakah ini adalah tanda-tanda kanser payudara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan pada payudara sebelah kiri anda boleh disebabkan:
- Radang tisu payudara (mastitis) - akibat kecederaan pada bra atau jangkitan kuman
- Saluran susu tersumbat - akibat batu karang atau struktrur anatomi
- Sindrom menstruasi - akibat ketidak-stabilan hormon
- Kista (cyst) pada payudara - terdapat banyak jenis kista payudara
- Ketumbuhan - benign atau kanser - memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan lanjut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.