
qiezadiyana18
2 tahun
Sakit dibahagian dada tengah
saya wanita berumur 22 tahun…saya dah sebulan sakit dibahagian dada…rasa tak selesa, dnyutan jantung sekejap laju sekejap perlahan, selalu sesak nafas, kadang- kadang rasa tak puas bernafas rasa lemas, selalu pitam, dada rasa sakit macam kena tindih dan kena himpit…selalu rasa nak muntah…selera makan takda…selalu rasa bimbang tiba tiba…badan kadang-kadang menggeletar tiba tiba…perlu ke saya ambik serius tentang sakit ini ?perlu ke saya buat pemeriksaan doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung
- masalah asid perut berlebihan (GERD)
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada paru-paru (pneumonia)
- arteri badan terkoyak (leaking abdominal aorta)
Memandangkan anda mempunyai beberapa kemungkinan penyakit yang mampu mengancam nyawa anda, anda sangat disarankan untuk bertemu dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.