heykaldanish50
4 tahun
Sakit dibahagian dalam telinga dan demam
saya lelaki berumur 14 thn dan saya mengalami sakit dibahagian dalam telinga dan demam. ianya rasa berdenyut denyut dan dicucuk. saya rasa puncanya kerana saya kerap korek telinga. apakah yg patut saya buat
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga - boleh mengakibatkan demam
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah - boleh mengakibatkan demam, keluar cecair berbau busuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.