
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian lubang dubur dan ada ketulan bulat dibahagian tepi.lubang dubur
Salam sejahtera…saya lelaki berusia 45 tahun.masalah saya sekarang sakit memeritkan dibahagian lubang dubur bila membuang air besar.sakit ini membuatkan saya sukar dan tidak boleh membuang air besar sebab tidak dapat menahan perit sakit terasa pedas yang melampau di mana najis pun susah keluar sebab lubang dubur tutup rapat sbb bengkak.keadaan ini buat saya tidak selesa kerana sakitnya berjam jam duduk atau gerak lebih terasa sakit untuk mengurangkan rasa sakit saya baring meniarap atau mengiring.untuk pengetahuan doktor saya pernah mengelami keluar darah bila membuang air besar dan kadang saya lihat najis ada seperti selaput putih keadaan warna najis ada masa hijau kadang hitam.sejarah penyakit saya gastrik semenjak usia 25thn yang bila sakit 3 -6 bulan baru hilang.tolong bagi pencerahan doktor.tetima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Buasir
- Anal fissure
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.