
Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian payudara
Hi doctor, saya ada merasa sakit dibahagian payudara setelah mendapat 2 dos lengkap vaksin sinovac. Rasa sakit muncul setelah lebih 3hari setelah suntikan dos ke2 dan kini rasa sakit masih berlarutan masuk hari ke4. Rasa sakit pada kedua payudara saya. tetapi lebih sakit sebelah kanan. Adakah ini normal simpton vaksin? Tahap sakit 4 dari 10.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang tentang rasa sakit di bahagian payu dara anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan WHO, efek samping yang dapat terjadi setelah vaksin adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Sakit di bahagian suntikan
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala di atas, saya menasihatkan anda untuk merujuk doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini