
Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian perut belah kiri
Saya remaja perempuan berumur 16tahun saya mengalami sakit perut dibahagian kiri sejak bulan 2/2021 sakit dia hanya hilang selama seminggu kemudian dtg balik sehingga nk buang air kecik pun merasa sakit saya juga sentiasa merasa resah sehingga sakit dada tangan berpeluh dan ketar seolah olah duduk di tempat sejuk

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- gangguan ketumbuhan atau kelainan organ reproduksi
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Gangguan bernafas anda pula boleh disebabkan oleh peningkatan tekanan abdomen mahupun gangguan yang khas dari saluran pernafasan.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.