
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian perut sebelah kiri
Pada mulanya saya merasa tidak selesa di bahagian pinggang sebelah kiri saya, terasa seperti angin panas, kemudian rasa tidak selesa itu dpt dirasai di bahagian perut sebelah kiri. Sudah sebulan lebih saya mengalami masalah ini. Saya sudah berjumpa byk doktor, ada yang bagitahu ada batu karang, tp bila buat ultrasound tidak ada batu . Selepas tu ada doktor bagitahu saya, yang saya gastrik. Saya diberi ubat gastrik dan makan seperti diarahkan, namun sakit disebelah kiri perut saya tetap masih ada. Saya buat pemeriksaan CT Scan, doktor tidak menemui apa2 yang tidak normal. Selepas itu saya buat ujian darah. Keputusan ujian darah saya juga tidak ada yang tidak normal. Namun saya tetap masih merasa sakit dibahagian perut sebelah kiri. Seperti angin yang mencucuk tidak pandai hilang. Saya pun buat ujian colonoscopy, keputusan normal. Selepas itu saya buat endoskopi dr mulut, keputusan juga normal… Namun sakit yang saya alami tetap masih ada. Saya kadang2 rasa mengigil. Kerap sendawa dan sekarang saya sembelit. 2-3hari tidak dpt buang air besar. Boleh saya tahu mcm mana saya nak merawat sakit ini ya doktor… Emosi saya amat terkesan. Berat badan saya turun 4.5kg dlm sebulan ini. Kdg2 belakang ada rasa angin mencucuk2… Mohon bantuan doktor… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan anda tentang sakit yang anda alami. Terlebih dahulu saya bersimpati atas sakit yang anda hadapi berbulan lamanya. Saya fahami kebimbangan anda dan saya akan cuba untuk membantu anda memahami beberapa kondisi yang mungkin menyebabkan sakit anda.
Sakit di bahagian perut sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit. Ianya juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian samada penyakit daripada sistem penghadaman, penyakit khusus untuk wanita sekiranya anda seorang wanita atau penyakit daripada sistem reproduktif dan buah pinggang.
Antara penyakit yang biasa dihadapi oleh seseorang adalah :
Sindrom iritasi usus : simptom bagi sindrom ini adalah sembelit, cirit birit, sakit dan kekejangan perut yang silih berganti. Simptom akan menjadi semakin teruk sekiranya pesakit mengalami stres dan pemakanan yang tidak seimbang.
Keradangan usus : terdapat dua jenis penyakit keradangan usus samada penyakit kron atau ulser kolon. Penyakit ini akan memberikan simptom sakit perut yang tidak spesifik, diiringin simptom najis berdarah, kehilangan berat badan dan sebagainya.
Penyakit celiac : penyakit ini berlaku apabila immune badan pesakit memusnahkan dinding perut sekiranya pesakit tersebut menghidap alergik kepada makanan ber-gluten.
Batu karang : Sakit di bahagian pinggang yang mecucuk, kadangkala pesakit juga akan sakit di bahagian kemaluan serta diiringi kencing berdarah.
Kanser kolon : sekiranya anda mengalami simptom sakit perut, kembung perut, cirit birit, atau penurunan berat badan yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian di hospital bagi mengtehui adakah ianya kanser atau tidak.
Sekiranya anda seorang wanita, antara penyakit yang boleh menyebabkan sakit perut adalah:
- Kandungan luar rahim
- Sista ovari
- Endometriosis
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital atau Klinik berdekatan bagi mengetahui penyakit secara lebih spesifik. Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi secara peribadi bersama Pakar. Terima kasih.