
Anonymous
6 tahun
Sakit dibahagian perut
Saya wanita berumur 33tahun sebelum ini saya selalu terasa berat dibahagian perut. Selepas itu sakit hilang. Sekarang lebih kurang dua minggu sakit perut datang lagi dibahagian ulu hati, perut mengeras, dan apabila makan terasa makanan tidak dihadam. Haid saya juga telah lewat lebih pada sebulan. Dan upt test adalah negetif.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Walaubagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami anda berkala dan hanya melibatkan gejala seperti kembung perut, rasa loya, rasa masam di dalam mulut dan perut yang tidak selesa, anda berkemungkinan untuk hanya mendapat penyakit refluks atau GERD.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!