
Anonymous
4 tahun
Sakit dibahagian pinggang dan di tepi perut
Saya seorang ibu berumur 32thn. Surirumah. Mempunyai 2org anak kecil. Saya mengalami sakit dibahagian pinggang dan dalam perut / bahagian buah pinggang (tepi perut).
Saya akan berasa sangat sakit apabila berdiri dan duduk, serta dalam keadaan baring dengan cara yang salah.
Saya mengalami masalah lain juga seperti, susah utk tidur, dan selalu mersa lemah badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.