
Anonymous
5 tahun
Sakit dibahagian tumit
Saya mengalami sakit di bahagian tumit sudah hampir setahun. Sakit di bahagian tumit saya berlaku selepas saya bangun dari tidur atau selepas duduk yang lama. Sebelum ini kesakitan itu hanya sementara tidaklah berpanjangan tapi sejak akhir-akhir ini kesakitan di bahagian tumit saya berpanjangan dan berdenyut. Saya terpaksa jengketkan kaki saya supaya tumit saya tidak terkena semasa berjalan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit tumit. Antaranya:
- Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
Terseliuh
Plantar fasciitis
Keradangan tisu penghubung pada tapak kakiBursitis
Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.