
lyanadaniel584
4 tahun
Sakit dubur saat period
Hai dokter. Sy suri rumah. Dan ibu kpd 5anak. Saya nak tanya. Sejak kblkngan ni,dlm 2bln setiap kali datang bulan,saya akn sakit di lubang dubur. Sebelum2 ni xpernah sakit saat datang bulan. Sakit bdenyut. Saat buang angin dan buang air besar akn sakit bdenyut. Sakit akn hilang bila tempoh haid habis. Dan akn datang sakit balik saat sehari sebelum period hingga bbrape hari tempoh haid. SakiT bawah perut sekali dengan sakit denyutan di kawasan dubur. Kenapa ya dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dubur masa haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- endometriosis- Ini adalah penyakit di mana tisu di bahagian dalam rahim anda - endometrium - tumbuh di luar rahim anda. Endometriosis sering terjadi di kawasan ovari, tiub fallopian dan tisu yang merangkul pelvis anda. Tisu endometrium juga boleh terjadi di luar organ pelvis.
- fissur dubur
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.