Sulit
2 tahun
Sakit dubur sehingga berdenyut dan mengeluarkan najis dan darah
saya lelaki dan berumur 33tahun…saya pernah melakukan pembedahan appendix lebih kurang 10tahun yang lepas…sekarang ni masa nak buang air besar macam susah dan sakit masa nak keluar…selepas keluar rasa sakit yang berpanjangan…kadang2 ada berdenyut2 di kawasan dubur dan setiap kali berdenyut tu terasa sangat sakit… pernah juga ketika saya periksa gunakan tisu di kawasan dubur saya dapati ada kesan darah dan najis padahal saya sudah basuh dengan bersih…saya harap doktor dapat jelaskan masalah kesihatan saya ini…penyakit ini sudah lama terjadi pada saya cuma ianya on off…terima kasih ya doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan mengenai masalah kesukaran untuk membuang air besar kerana terasa sakit pada bahagian dubur.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya sakit pada dubur dan najis beserta darah terutamanya apabila membuang air besar , antaranya termasuk:
- Buasir
- Sembelit atau disebabkan najis yang keras
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.