Sulit
2 tahun
Sakit gigi bahagian tampalan
Hi doc, I’m a woman , 20 years old, kebelakangan ni, saya rasa sakit gigi pada bahagian tampalan yg dibuat. Namun sudah lebih 6 bulan saya buat tampal jadi kenapa tiba2 rasa sakit ya doc? Ia sering terjadi tiap kali lepas saya makan. Kadang2 rasa sakit bila saya mengunyah makanan. Sebelum ni pernah juga terjadi tetapi dia hilang dgn sendiri
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu sakit gigi di bahagian tampalan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda sakit gigi di bahagian tampalan secara amnya dapat disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah:
- Tampalan yang tidak kemas
- Tampalan tertanggal
Atau, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah pada saraf gigi anda
- Jangkitan pada gusi
Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor gigi jika masalah ini berlarutan.
Untuk mengetahui perkara ini secara mendalam, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih