ninieernih1982
6 tahun
Sakit gigi dalam pantang 20hri
Saya ibu bersalin czer sekarang dalam pantang dalam 26hari bgtu…saya nak tanya saya sakit gigi start dari harian bepantang seminggu sehingalah sekarang…dan gigi bengkak serta berdarah dekat lubang gigi sehingakn kepala saya pun turut sakit,sakit yang teramat,dah makan ubat tahan sakit pun still sakit lagi…dah nak habis ubat saya makan sakit dia on of .berbahaya ke pada saya,…harap dapat la doc bgi penerangan timakasii
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan
- saraf gigi rosak
- luka
- gigi berlubang
Ubat penahan sakit hanya berfungsi untuk mengubati rasa sakit tetapi tidak mengubati penyebab sakit. Yang sebaiknya puan lakukan adalah mengunjungi doktor gigi berdekatan anda untuk mendapatkan ubatan dan rawatan gigi yang sesuai dengan penyebab sakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























