
Sulit
4 tahun
Sakit Gigi Geraham dan bengkak di bahagian dagu
sy wanita 34 thn. sy pernah alami sakit gigi geraham dan dan jumpa Dr. dan perna tampal. sekarang sy tidak rasa sakit pada gigi tetapi dagu sy bengkak. baru2 ni sy perasan ada bernanah. dan ianya berkeluar sendiri. boleh sy tahu ape sebab n ape sy kena lakukan. rawatan bagaimana sy kena dapatkan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian adalah:
- Karang gigi yang dijangkiti kuman
- Jangkitan gusi (gingivitis)
- Penjagaan rongga mulut yang kurang bersih
- Jangkitan kelenjar air liur
Antara rawatan yang boleh diberikan oleh doktor adalah:
- Antibiotik
- Pembedahan (incision and drainage) di mana doktor akan membuat potongan kecil pada gusi untuk mengeluarkan nanah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.