
Sulit
4 tahun
Sakit gigi Geraham disebabkan simen gigi yang pecah namun rawatan tidak dijalankan dan dibiarkan selama 4 bulan
Saya umur 19 tahun perempuan. Gigi geraham bawah saya belah kiri [telah disimen] pecah pada bahagian hujung belakang menyebabkan berlubang.setelah itu, saya tidak mendapatkan rawatan. Namun 2,3 hari lepas, gigi saya sakit sangat selama 3 hari kemudian sakit tu berkurang sehingga hari ini. Namun apabila ke klinik kerajaan mereka memberikan appoinment kepada saya dalam masa 2 bulan untuk membuat rawatan akar kerana cabutan tidak sesuai [ masih muda]. Namun saya risau keadaan akan jadi lebih teruk sebelum sampai ke tarikh itu. Apa yang saya perlu buat supaya tiada kesakitan sebelum tarikh itu. Dan wajarkan dr memberikan masa selama 2 bulan kepada saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Umumnya sakit gigi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- gigi berlubang
- jangkitan kuman
- kerosakan akar gigi
- trauma gigi & gusi
- atau gangguan yang lain
Sememangnya kondisi anda sebaiknya ditanggani oleh doktor gigi, agar rawatan yang komprehensif dan lebih tepat boleh dilaksanakan. Kewajaran 2 bulan waktu menunggu itu, pasti disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
- batas rawatan gigi yang dapat diberikan setiap hari akibat dari SOP COVID-19
- jumlah pesakit gigi yang saban hari meningkat
- kondisi gigi anda yang lebih stabil (buat masa ini)
Namun sila segera ke klinik atau pusat rawatan gigi yang terdekat sekiranya anda mengalami
- sakit gigi/gusi/rahang/mulut yang teramat
- perdarahan atau pembengkakan gigi & gusi
- tanda-tanda jangkitan atau inflamasi yang lain
Buat sementara waktu anda disarankan untuk
- Amalkan penjagaan mulut, gigi & gusi yang sihat dan bersih
- Menggunakan pencuci mulut sebagai kaedah tambahan
- Jauhi pemakanan yang keras dan liat buat sementara waktu
- Menggurangkan penggunaan bahagaian gigi yang sakit
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut dan gusi yang kering
- Jauhi asap rokok kerana perkara ini menyumbang kepada kesihatan gigi & gusi
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.