
Sulit
4 tahun
Sakit gigi sehingga berdenyut-denyut
Saya berumur 18,3 hari yg lepas gigi sy sakit sgt,so saya ke klinik gigi.doc yy rawat sy suggest sy untk buat rawatan akar or cabut. dia bagi sy antibiotic and pain killer dan srh sy fikir dulu nk buat yg mana…if sy taknak buat dua² sbb gigi sy dh tak sakit lepas makan ubt tu,akn bagi kesan tak nnti??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses digigi
- gigi mereput
- fraktur gigi
- jangkitan gusi
Kami tidak mempunyai kepakaran daripada segi pergigian. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi. Namun, selepas anda mengambil antibiotik, anda disarankan untuk pergi berjumpa dengan doktor gigi untuk mengetahui apa langkah bijak yang perlu anda ambil bagi mengelakkan lagi sakit gigi di masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.