
Sulit
4 tahun
Sakit gigi semasa menungu hari bersalin
Saya sedang menungu hari untuk bersalin lagi 7 hari dan tiba2 gigi saya sakit… Okay ke kalau sy bersalin takde effect ape2 ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda. Untuk maklumat anak anda, sakit gigi tidak akan mengganggu proses bersalin. Namun begitu, punca mengapa gigi anda sakit perlulah diketahui dan diperiksa oleh doktor gigi. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor gigi dan doktor pakar untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami sakit gigi:
- Gigi reput atau berlubang
- Jangkitan gusi dan gigi
- Nanah gigi atau (dental abscess)
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami sakit gigi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut berkenaan situasi anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami.