
Sulit
4 tahun
Sakit gigi tapi gigi tidak berlubang dan gusi tidak bengkak
Saya perempuan berumur 22 tahun. Tahun lepas, saya menjalani tampalan gigi pada gigi geraham besar di bahagian bawah. Beberapa hari yang lepas, gigi yang ditampal (tahun lepas) berasa sakit dan berdenyut tetapi keadaan gigi tersebut masih elok dan gusi saya tidak mengalami sebarang bengkak ataupun bernanah. Apa perlu saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit gigi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya mencadangkan anda untuk berjumpa dengan Doktor gigi bagi mengetahui keadaan sebenar gigi anda. Mereka lebih arif untuk menilai kondisi sebenar gigi anda. Mungkin bagi anda ianya normal tetapi bagi mereka ianya memerlukan rawatan lanjut.
Oleh itu, sekiranya sakit gigi anda berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda, saya menasihatkan anda untuk segera ke klinik gigi bagi pemeriksaan dan rawatan susulan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.