
Anonymous
6 tahun
Sakit gusi bengkak kerana ada tunggul gigi
Sy berusia 31 tahun. Sy mengalami gusi bengkak yg teramat sakit sehingga menyebabkan sy muntah2. Gusi membengkak di bahagian bawah kanan belakang sekali kerana terdapat tunggul gigi. Setahu sy, tunggul gigi tidak boleh dicabut selagi gusi membengkak. Sy pernah cuba cabut tunggul gigi, tp tidak berjaya kerana kesan bius tidak berjalan lancar akibat gusi bengkak. Sy telah telan 2 biji panadol extra dn telah kumur dgn listerine, pun masih sakit yg teramat. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ni, dan bolehkah utk sy mendapat mc utk berehat kerana tak tahan dengan kesakitan yg dialami ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih