
lizanorliza967
4 tahun
Sakit gusi selepas gigi kekal dicabut
Anak saya berusia 12thn telah lama menahan sakit gigi…setelah dibawa utk pemeriksaan didapati bahwa akar gigi telah rosak memandangkan tiada kemudahan utk rawatan akar gigi ditempat saya maka Dr telah menasihatkan utk mecabut gigi tersebut. Masalahnya selepas beberapa jam dicabut gusi masih lagi berasa sakit dan kesakitan itu berlarutan sehingga ke malam.apakah cadangan atau rawatan yg blh dilakukan utk menghilang kan rasa sakit tersebut

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas gigi dicabut boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Atau ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).