Sulit
4 tahun
Sakit gusi, ulcer and sore throat
Saya mengalami sakit gusi bengkak, ulcer 4 - 5 . Ulcer di lidah dan juga sakit throat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Bagi masalah sakit gusi, kemungkinan gusi anda sedang mengalami masalah keradangan. Masalah keradangan kebiasaannya akibat kurang penjagaan kebersihan mulut dan jangkitan kuman
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.