enmascha
6 tahun
Sakit jantung berlubang
Doctor saya yang baru kata bahawa saya tidak perlu memakan apa-apa ubat jikalau sakit jantung. Apa perlu saya buat jika merasa sesak nafas ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, dan rawatan yang selanjutnya, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan kami mengenai kesihatan jantung. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!




























