
Sulit
6 tahun
Sakit jantung kardiomyipathy, diabetes, gastrik, high cholesterol, hihg blood pressure, gout
Saya mengalami rasa menyucuk d sebelah rusuk kanan atau kiri, berpeluh, angin kearap keluar dari mulut (berlahak). Kesan sakit yg amat sangat sehingga tidak bolih bergerak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, sakit rusuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan hempedu akibat batu hempedu
- Fatty liver disease akibat pengumpulan lemak di hati
- Batu buah pinggang
- Keradangan buah pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih