Sulit
5 tahun
Sakit kaki di kawasan lutut yang berpanjangan
Doktor, saya mengalami sakit kaki area lutut hampir sebulan. Saya sukar nak berjalan. Saya pergi ke PPUM tapi hanya diberi ubat tahan sakit. Itupun tidak berjaya menahan sakit saya. Saya fikirkan saya bermasalah lutut sebab saya memamg punya sakit Osteoarthritis. Saya telah ke sebuah klinik dan doktor di sana kata bukan masalah lutut tapi muscle kaki saya ni dah teruk protes dan tegang. Dia telah memberi saya ubat Mecobalamin 500 untuk dimakan awal pagi, Neurobion dan Ubat Paras Tab untuk dimakan sebelum tidor. Saya masih lagi makan ubat-ubat tersebut dan secara perlahan-lahan kaki saya beransur pulih dalam 70%.
Soalan saya, saya masih continue ubat Mecobalamin 500, Neurobion dan juga ubat baru Myonal Esperisone Hydrochloride 50. Bolehkah saya makan ketiga-tiga ubat ni seretak? Adakah Fungsi Mecobalamin dan Neurobion sama?
Ada masalah tak kalau saya makan ketiga-tiga ubat ni dalam masa jangka yang panjang.
Saya turut makan ubat Darah Tinggi iaitu Losartan dan juga Escilopram.
Harap Doktor dapat membantu saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada sebarang masalah untuk mengambil ubat-ubat ini secara serentak. mecobalamin mengandungi vitamin B12 manakala Neurobion mengandungi vitamin B2, B6 dan vitamin B12. Kedua-dua ubat tersebut mempunyai persamaan namun neurobion mempunyai vitamin B jenis lain juga.
selain itu, tiada kesan sampingan yang anda boleh hadapi dalam jangka masa panjang kerana ubat Methylcobalamin dan Neurobion adalah sejenis vitamin. Walaubagaimanapun, Myonal boleh menyebabkan ulser pada perut dalam jangka masa yang panjang.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



















